Kelas ICT
14 Februari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 13 Februari 2024 (Selasa), PEDi Sg. Bandung telah mengadakan kelas ICT bersama seorang pelajar sekolah rendah. Petugas PEDi telah memberikan bimbingan kemahiran menaip. Petugas PEDi meminta pelajar tersebut untuk menaip angka dan nombor serta menaip cerita pendek di dalam Microsoft Words.
Selain itu, pelajar tersebut juga dikehendaki untuk membuat calendar menggunakan Microsoft Words. Pelajar tersebut diajar membuat kalendar menggunakan table di dalam Microsoft Words.
Selain itu, petugas PEDI Sg Bandung telah mengajar para pelajar cara untuk memasukkan gambar yang dicari didalam Google Chrome ke dalam Microsoft Word. Para pelajar juga dibimbing bagaimana untuk memasukkan gambar dan menaip nama setiap gambar tersebut.
Disamping itu, untuk aktiviti e-Learning pula, petugas PEDi juga mengajar pelajar tersebut mengira nombor menggunakan permainan dalam talian iaitu ABCYA sebagai selingan aktiviti ulangkaji matematik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: